Tuesday, August 31, 2010

Syabas!!! vip-imn KL


Syabas!!!

Tiada kata seindah bahasa....
Tiada bahasa seindah rupa....

Syabas diucapkan kepada vip-imn KL yang telah menyambung tradisi vip-imn dimana setiap tahun di bulan Ramadhan kita vip-imn akan membuat collection from friends and family to contribute to our pool of contribution untuk memberi sumbangan kepada yang memerlukan. Sumbangan atau contribution ini tadi akan digunakan untuk membeli barangan-barangan keperluan asasi seperti beras, gula, garam, minyak masak, biskut, kordial, susu pekat, milo, teh, kopi dan sebagainya mengikut kemampuan sumbangan yang diperolehi itu tadi.


Bukit Permai



Batu Caves


Selayang Warisan


Picture shows a thousand words...
Memang dapat dilihat daripada air muka mereka yang menerima, Walau sumbangan mungkin kecil bagi kita namun pada mereka yang memerlukannya ia amat bermakna serta memberi perbezaan yang besar pada mereka.

Keikhlasan serta kejujuran didalam melakukan kerja-kerja amal ini amat lah perlu untuk kita mendapat madu serta manisnya. Kepuasan yang tak dapat digambarkan kepada mereka yang betul-betul berusaha untuk menjayakan kerja amal ini. Bagi mereka yang tidak dapat untuk menyumbangkan tenaga untuk melakukan aktiviti ini. Simpanlah satu azam untuk menjayakan pada tahun yang akan datang. Berdoa lah kita supaya dipanjangkan umur agar dapat dipertemukan dengan bulan Ramadhan yang akan datang tahun depan.
AMINNN...

Sekali lagi vip-imn ingin mengucapkan syabas serta tahniah diatas usaha yang telah dilakukan oleh vip-imn KL yang diterajui oleh MMN@boy vipKL, semoga warisan serta kesinambungan ini akan berterusan sehingga ianya diambil alih oleh anak cucu kita.
ISYAALLAH....

Ketahuilah bahawa perjanjian yang telah dilafazkan maka ini adalah sebahagian daripada perjuangan yang telah kita janjikan iaitu kebajikan. Lakukan lah kebajikan ini selagi termampu dan terdaya walau ianya bukan pada bulan Ramadhan....

"Cita-cita yang besar datang daripada jiwa yang besar; jiwa yang besar datang daripada keyakinan yakni iman yang kuat......."
-Rubaiyi' bin Amir(Panglima tentera Islam)

No comments: